Sabtu, 22 September 2012

Resepi Kek Karamel Pelangi Tersedap




1. Bahan-bahan (gula hangus):
  • 2 tbsp              Gula pasir
Cara membuatnya:
  1. Masukkan gula di dalam loyang
  2. Panaskan loyang dengan api perlahan di atas dapur
  3. Biarkan dan tunggu sehingga gula cair tanpa dikacau
  4. Matikan api dan ratakan gula hangus tadi keseluruh loyang
  5. Biarkan gula hangus sejuk dan mengeras. Ketepikan.
gula hangus
           

2. Bahan-bahan ( puding):
  • 350 ml             Fresh milk
  • 3 biji                Kuning telur sahaja
  • 2 biji                Telur
  • 130 gm            Gula castor
  • 2 tbsp              Tepung jagung
  • 1 tsp                Esen vanilla
Cara membuatnya:
  1. Masukkan telur dua biji dan 3 kuning telur dalam bowl, kacau perlahan
  2. Masukkan fresh milk, gula, tepung jagung dan esen
  3. Kacau perlahan sahaja dan jangan sampai berbuih
  4. Apabila sudah sebati, tapis dan masukkan kedalam loyang yang mengandungi gula hangus tadi.
  5. Biarkan ke tepi dan mulakan membuat adunan kek.



        

3. Bahan-bahan (adunan meringue):
  • 6 biji                Putih telur  sahaja
  • 70 gm              Gula kastor
  • 1 tsp                Cream of tartar
Cara membuatnya:
  1. Pukul kesemua putih telur hingga berbuih
  2. Kemudian masukkan gula kastor dan diikuti cream of tartar
  3. Pukul sehingga kental
  4. Matikan mixer apabila adunan meringue itu tidak tumpah apabila diterbalikkan. ketepikan sebentar



4. Bahan-bahan ( adunan kek 2):
  • 3 biji                Kuning telur sahaja
  • 130 ml             Air masak
  • 50 ml               Minyak masak
  • 70 gm              Gula kastor
  • 140 gm            Tepung naik sendiri (blue key)
Cara membuatnya:
  1. Pukul kuning telur, air dan minyak ( 5 minit)
  2. Masukkan gula kastor dan pukul lagi hingga kembang
  3. Matikan mixer dan asukkan tepung yang telah ditapis sedikit demi sedikit. kacau guna spatula plastik
  4. Masukkan bahan meringue tadi sedikit demi sedikit hingga habis.
  5. Kemudian bahagikan kepada 3 atau 4 bahagian yang sama banyak.
  6. Warnakan dengan 3 atau 4 warna yang anda suka
  7. Sediakan loyang yang mengandungi gula hangus dan adunan puding tadi.
  8. Dengan menggunakan sudu yang sama saiz, tuang 2 sudu warna hijau ditengah adunan itu, diikuti 2 sudu warna merah diatas warna hijau dan 2 sudu warna purple di atas warna merah dan 2 sudu warna kuning di atas warna merah
  9. Ulang hingga adunan habis.
  10. Hidupkan oven, sediakan dulang yang diisi air.
  11. Masukkan loyang dalam oven dengan loyang berisi air itu dibawah loyang kek. ( double boiler)
  12. Gunakan api bawa selama 40 minit dan api atas dan bawah selama 15 minit.
  13. Bakar hingga masak, sejukkan dalam oven yang terbuka setengah jam dan masukkan dalam peti untuk rasa yang lebih sedap.













    
    
   


1 ulasan: