Rabu, 15 Ogos 2012

menjelang hari raya

ada beberapa hari lagi nak raya... dah tak larat sebenarnya, dah 2 minggu ni tidur tak berapa teratur dok siapkan kuih raya dan tempahan kek..

tapi,kerja tetap kerja.. ni pun masih di sekolah, walaupun dalam seminggu ni asyik dok terlelap dalam kelas sampai murid pun tegur..ustazah tidur.... hehe..

mengenangkan ni hari terakhir sekolah sebelum cuti raya selama seminggu..banyak benda nak disiapkan, tanda kertas periksa budak, kemas kelas dan update RPP..

tapi kepala dah kat umah dah..dok ingat hari ni kena wat blueberry cheese tart, esok nak wat kek n lusa dah nak balik kampung...

alhamdulillah, hingga saat ni, jadual yang dibuat telah dapat dilaksanakan dengan lancar...

tapi tiba2 teringat, alamak, tak cari baju raya lagi la...

apa2 pun... selamat hari raya... semoga hari ini lebih baik dari semalam dan semoga esok lebih baik dari ini..

terima kasih Allah..