Ahad, 30 September 2012

Resepi Doughnut

BAHAN-BAHAN:-


850  gm           Diamond flour (thp)
16.5 gm           Dry yeast
4      nos           Egg yolk
75    gm           Sugar
15    gm           Salt
75    gm           Margarine
35    gm           Milk powder
450   ml           H2O


CARA MEMBUATNYA:-

  1. Masukkan semua bahan kering kedalam mixer bowl
  2. Putar sebati selama 2-3 minit
  3. Masukkan telur perlahan-lahan dan putar kembali
  4. Masukkan air sedikit demi sedikit dan putar menggunakan kelajuan 2nd gear.
  5. Lakukan membran test sebelum masukkan marjerin.
  6. Lakukan membran test sekali lagi sebelum mengeluarkan adunan dari bowl.
  7. Selepas itu, rehatkan doh selama 15 minit sehingga doh kembang sekali ganda.
  8. Kemudian gelek doh untuk mengeluarkan angin di dalam doh dan dilipat-lipatkan banyak kali.
  9. Angkat doh dan rehatkan adunan sebentar sebelum di cetak dengan pencetak donut.
  10. Masukkan donut kedalam proover dan dibiarkan selama 20 minit sehingga kembang sekali ganda.
  11. Akhir sekali goreng donut dengan api yang kecil dan sentiasa di balik-balikkan agar masak didalam.


TIPS:-

tips:- masukkan marjerin akhir sekali agar adunan menjadi lembut
Lagi banyak doh dilipat–lipat sebelum dicetak, lagi cantik hasilnya.

Hiasan: Coklat putih, pink, koko, smartiest, jem, gula


Hasilnya


Tempahan Doughnut Untuk Majlis Hari Lahir


Doughnut Pelbagai Pilihan

Doughnut pelbagai corak



Doughnut Jem Strawberry

Doughnut Coklat

Doughnut Coklat Rice

Packaging

Doughnut nib almond

Cream puff

Cream Puff Coklat


Jumaat, 28 September 2012

Tempahan Cheese Tart

tempahan straw/blue/kiwi/oren/lemon




                                                                       kiwi cheese tart




                                                                  blueberry cheese tart

Sabtu, 22 September 2012

Resepi Kek Karamel Pelangi Tersedap




1. Bahan-bahan (gula hangus):
  • 2 tbsp              Gula pasir
Cara membuatnya:
  1. Masukkan gula di dalam loyang
  2. Panaskan loyang dengan api perlahan di atas dapur
  3. Biarkan dan tunggu sehingga gula cair tanpa dikacau
  4. Matikan api dan ratakan gula hangus tadi keseluruh loyang
  5. Biarkan gula hangus sejuk dan mengeras. Ketepikan.
gula hangus
           

2. Bahan-bahan ( puding):
  • 350 ml             Fresh milk
  • 3 biji                Kuning telur sahaja
  • 2 biji                Telur
  • 130 gm            Gula castor
  • 2 tbsp              Tepung jagung
  • 1 tsp                Esen vanilla
Cara membuatnya:
  1. Masukkan telur dua biji dan 3 kuning telur dalam bowl, kacau perlahan
  2. Masukkan fresh milk, gula, tepung jagung dan esen
  3. Kacau perlahan sahaja dan jangan sampai berbuih
  4. Apabila sudah sebati, tapis dan masukkan kedalam loyang yang mengandungi gula hangus tadi.
  5. Biarkan ke tepi dan mulakan membuat adunan kek.



        

3. Bahan-bahan (adunan meringue):
  • 6 biji                Putih telur  sahaja
  • 70 gm              Gula kastor
  • 1 tsp                Cream of tartar
Cara membuatnya:
  1. Pukul kesemua putih telur hingga berbuih
  2. Kemudian masukkan gula kastor dan diikuti cream of tartar
  3. Pukul sehingga kental
  4. Matikan mixer apabila adunan meringue itu tidak tumpah apabila diterbalikkan. ketepikan sebentar



4. Bahan-bahan ( adunan kek 2):
  • 3 biji                Kuning telur sahaja
  • 130 ml             Air masak
  • 50 ml               Minyak masak
  • 70 gm              Gula kastor
  • 140 gm            Tepung naik sendiri (blue key)
Cara membuatnya:
  1. Pukul kuning telur, air dan minyak ( 5 minit)
  2. Masukkan gula kastor dan pukul lagi hingga kembang
  3. Matikan mixer dan asukkan tepung yang telah ditapis sedikit demi sedikit. kacau guna spatula plastik
  4. Masukkan bahan meringue tadi sedikit demi sedikit hingga habis.
  5. Kemudian bahagikan kepada 3 atau 4 bahagian yang sama banyak.
  6. Warnakan dengan 3 atau 4 warna yang anda suka
  7. Sediakan loyang yang mengandungi gula hangus dan adunan puding tadi.
  8. Dengan menggunakan sudu yang sama saiz, tuang 2 sudu warna hijau ditengah adunan itu, diikuti 2 sudu warna merah diatas warna hijau dan 2 sudu warna purple di atas warna merah dan 2 sudu warna kuning di atas warna merah
  9. Ulang hingga adunan habis.
  10. Hidupkan oven, sediakan dulang yang diisi air.
  11. Masukkan loyang dalam oven dengan loyang berisi air itu dibawah loyang kek. ( double boiler)
  12. Gunakan api bawa selama 40 minit dan api atas dan bawah selama 15 minit.
  13. Bakar hingga masak, sejukkan dalam oven yang terbuka setengah jam dan masukkan dalam peti untuk rasa yang lebih sedap.